Teknologi internet bukannya sesuatu yang baharu dikalangan generasi sekarang dimana ianya digunakan secara meluas di seluruh dunia. komputer merupakan salah sebuah alat teknologi internet yang digunakan pada masa kini oleh semua lapisan masyarakat dimana ia mempunyai banayak kelebihannya. Alat teknologi ini digunakan oleh guru-guru untuk membantu mereka dalam proses pengajaran dan juga pembelajaran kerana komputer dapat memproses dan menerima data dengan tepat dan cepat. Selain itu, komputer juga dapat digunakan untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dimana ia juga membantu menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi dengan mudah.
Lebihan lagi, dengan adanya teknologi internet, komputer biasa mahupun komputer riba boleh digunakan dengan jaringan internet dimana ia menyenangkan kedua pelajar dan guru dalam mendapatkan maklumat. Sejurus dengan itu, maklumat dapat diperolehi dengan cepat dimana inovasi dalam teknologi maklumat ini dapat menyebarkan segala data dan maklumat kepada pelbagai lapisan masyarakat di seluruh dunia (Nik Azis, 1996). Pelajar-pelajar tidak perlu mengunjungi perpustakaan mahupun rakan mereka dan menghabiskan kebanyakkan masa mereka dalam mencari bahan ilmiah untuk proses pembelajaran mereka. Malah dengan adanya teknologi internet dalam pendidikan dapat menggalakkan pelajar-pelajar untuk lebih memfokuskan diri mereka untuk belajar dan mencapai kelulusan yang cemerlang.
Selain daripada itu, teknologi internet digunakan dalam pendidikan melalui aktiviti-aktiviti samada dalam tugasan harian ataupun yang melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Aplikasi ini juga dapat meningkatkan prestasi pembelajaran. Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa faedah dalam mengaplikasikan teknologi internet dalam pendidikan. Antara faedahnya ialah dalam aspek komunikasi dimana revolusi internet ini membuka peluang untuk menjalin dan merapatkan hubungan manusia untuk berkomunikasi. Di samping itu, mai eletronik (e-mail) merupakan salah satu perkhidmatan internet yang digunakan secara meluas dimana ia membolehkan seseorang itu berkomunikasi disamping berkongsi informasi tentang pendidikan tanpa berjumpa dengan satu sama lain. Terdapat juga kumpulan perbincangan yang boleh disertai oleh guru-guru dan pelajar-pelajar untuk membincangkan soalan-soalan dan berkongsi pengalaman serta pengalaman diantara mereka.
Lebihan lagi, penyiaran maklumat juga menjadi mudah apabila teknologi internet digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kedua-dua guru dan pelajar dapat bahan-bahan pembelajaran di dalam internet dimana proses in lebih cepat dan murah berbanding dengan proses yang biasa digunakan.Sejurus dengan itu, kreativiti dan inovasi guru-guru dan pelajar juga dapat dipaparkan melalui internet bagi mengembangkan dan membangunkan kerjaya seseorang guru dan potensi pelajar-pelajar. Selain daripada itu, penggunaan teknologi internet dalam pendidikan juga membantu dalam pembelajaran interaktif dalam talian. Oleh itu, internet membolehkan guru-guru menyalurkan perkhidmatan dan program latihan melalui talian dan diakses secara jauh oleh pelajar-pelajar. Kaedah ini dinamakan e-learning ataupun pembelajaran secara online. dengan teknologi internet banyak membantu dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
(C) kokilavaani.2011.All right reserved


Saya tidak setuju berkenaan dengan beberapa isu yang dikemukakan. Seperti yang saudari beritahu dalam komen diatas, ianya benar bahawa teknologi di sekolah sekarang amat berkurangan berbanding pengunaannya di negara-negara maju yang lain. selain itu, perkara yang perlu dipertimbangkan dalam menjana usaha untuk meningkatkan masalah ini adalah dengan mengetahui kesan yang akan kita(pihak sekolah) hadapi pada masa akan datang. sebagai contoh, jika penggunaan wifi dipraktikkan di semua sekolah, ia memberi satu kesan yang amat buruk dimana pelajar-pelajar sekolah boleh mengakses internet melalui telefon bimbit dengan amat mudah sekali. penggunaan teknologi yang lain seperti penggunaan projektor di sekolah dapat menyenangkan proses pembelajaran akan tetapi, bahan-bahan elektronik ini memerlukan kos perbelanjaan yang amat tinggi. alangkah baik jika pelajar lebih menggunakan buku untuk melakukan proses pembelajaran daripada menggunakan alat berteknologi ini kerana harga buku tidaklah setinggi harga bahan teknologi yang diperlukan di sekolah. Sekian Terima Kasih.
ReplyDeleteNamA: Subhatra a/p Anantha Rao
Matrix: A129602
Email: subhatra_manju@msn.com
Lecturer: En.Mohd Jasmi Abdul Rahman.
Hai.
ReplyDeletePenggunaan teknologi komputer serta internet sememangnya merupakan satu perkara yang tidak asing lagi pada masa kini. Tetapi, saya mempunyai pendapat sendiri berkenaan penggunaan internet di sekolah-sekolah. memang benar bahawa penggunaan internet itu sangat penting dan boleh memudahkan para guru serta pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga dalam pelbagai perkara lain. Bagaimanapun, harus diambil kira kesesuaian umur pengguna internet terbabit. Masalah ini tidak ditujukan kepada para guru tetapi bagi para pelajar. Memang wajar menerapkan info berkenaan teknologi dan internet sedari awal kepada para pelajar. Cuma ia mungkin sesuai bagi pelajar sekolah menengah sahaja tetapi bukan untuk pelajar sekolah rendah. Ini disebabkan oleh tahap pembelajaran pelajar sekolah menegah mungkin lebih tinggi, jadi mereka lebih memahami serta tahu apa yang mereka boleh lakukan dengan penggunaan internet. Tetapi bagi pelajar sekolah rendah, tahap pemahaman mereka masih rendah, jadi mereka mungkin akan mengalami masalah dalam beberapa sudut. maka, had umur harus ditetapkan untuk meneruskan kaedah pengajaran dan pembelajaran melalui teknologi serta internet ini.
(^^,)
Nama: Nurul Farhana Jalani
Matrik: A128600
Emel: farrahannaj_89@yahoo.com