Langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini perlu diambil kerana seperti yang diketahui oleh semua kerajaan sedang berusaha untuk menghasilkan masyarakat yang berasakan teknologi dan internet. Selain itu, Rancangan Malaysia ke-9 menumpukan kearah pembangunana ICT. Oleh itu, sekolah merupakan tahap pertama yang perlu diimplimentasikan penggunaan teknologi internet dimana masalah-masalah yang timbul perlu diatasi dengan beberapa langkah seperti yang berikut:
Latihan untuk meningkatkan kepakaran dan inisiatif guru. Usaha ini telah dijalankan oleh kerajaan dimana kerajaan telah menyediakan pinjaman untuk memiliki komputer riba sendiri dalam proses untuk mengetahi dengan lebih mendalam tentang teknologi dan internet dimana ia boleh digunakan oleh merekan dalam proses pengajaran mereka. Pelbagai latihan dan kursus boleh diberikan kepada guru untuk meningkatkan kemahiran mereka tentang teknologi internet. Selain itu, insiatif guru-guru itu sendiri sangat penting untuk menguasai dan mempelajari tentang teknologi internet.
Peranan guru dalam mengintergrasikan teknologi dan pengajaran. Guru-guru perlu mengambil inisiatif untuk menggunakan teknologi internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka di dalam sekolah. Implimentasi inilah yang akan meningkatkan tahap penggunaan teknologi internet dan mendidik pelajar untuk menimba ilmu dengan cara yang pantas dan mudah. Selain daripada itu, guru-guru juga boleh menggalakka pelajar untuk menggunakan sumber ini untuk mencari maklumat dan menganalisis sesuatu topic.
Kurikulum untuk pendidikan era internet. Pendidikan dengan menggunakan teknologi internet merupakan suatu aspek yang penting pada era sekarang. Oleh itu, pihak sekolah mahupun institusi pengajian tinggi perlu menawarkan subjek komputer dimana pelajar dapat mengetahui dan mempelajari tentang teknologi internet dengan lebih mendalam. Selain itu, guru-guru juga boleh menggalakkan pelajar-pelajar untuk menggunakan teknologi internet, contohnya seperti penggunaan multimedia, power point sebagainya dalam proses pembelajaran mereka.
Pengawalseliaan penggunaan internet di sekolah. Isu mengakses kepada unsur-unsur negative dan terdedah kepadanya merupakan isu yang sangat di ambil berat oleh guru-guru semasa membiarkan pelajar-pelajar untuk mengggunakan teknologi internet dalam pembelajaran mereka. Sejurus dengan itu, guru-guru perlu lah mengawasi pelajar-pelajar semasa menggunakan internet supaya mereka tidak mengakses kepada unsur-unsur sebegitu. Selain daripada itu, guru-guru juga perlu menyediakan senarai untuk pelajar yang menggunakan internet dan juga menyediakan sistem untuk menyekat sebarang unsur negative daripada diakses oleh pelajar. Pihak sekolah juga perlu menyediakkan panduan dan peraturan menggunakan teknologi internet disekolah supaya pelajar dapat memahami bahawa pihak sekolah akan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang menyalahgunakan teknologi internet.
Inilah antara langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengelakkan masalah-masalah yang timbul daripada penggunaan teknologi internet dalam pembelajaran dan pengajaran.
(c) kokilavaani.2011. All Right Reserved

Saya bersetuju dengan saranan saudari sepertimana ynag saudari nyatakan di atas. Sememangnya, internet yang seharusnya dimanfaat sebaiknya digunakan secara salah oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Perkara ini amat merunsingkan dan hal ini perlu dipantau agar tidak mencapai ke tahap kritikal.
ReplyDeletehai..
ReplyDeletesaya setuju dengan cadangan yang telah dikemukakan oleh saudari. semua pihak harus menjalankan kewajiban yang masing-masing bagi bersama menjayakan penggunaan internet ke arah yang positif. namun, pihak yang mengunakan internet juga secara peribadi harus mempertikaikan kegunaan internet supaya faedahnya diperolehi secara keseluruhan dan juga bagi mengelakkkan masalah sosial daripada penggunaan internet yang semakin menular di masyarakat kita.
jayanthi a/p murugasan
a128962
jay_ukm@yahoo.com