Teknologi internet memberikan banyak manfaat kepada pelajar dan juga guru-guru dimana ia menyenangkan mereka dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Walaupun terdapat faedah dalam penggunaan teknologi internet tetapi terdapat juga masalah-masalah yang timbul daripada penggunaannya. Antara masalah-masalah yang dihadapi ialah :
Kepakaran guru yang terhad. Implementasi teknologi internet merupakan sesuatu yang baru diaplikasikan dalam sistem pengajaran dan pembelajaran dimana bukan semua guru yang pakar dalam penggunaan teknologi dan internet. Terdapat banyak guru-guru yang berkhidmat lama dalam bidang perguruan dimana mereka menggunakan sistem pengajaran yang tradisional dan sistem itulah yang menyenangkan mereka untuk mengajar. Perkara ini merupakan masalah utama dalam aplikasi teknologi internet.
Kandungan dalam internet. Internet merupakan suatu rangkaian yang luas dimana kita dapat mengakses sumber maklumat daripada semua pelusuk dunia. kita boleh mendapatkan apa-apa maklumat yang diperlukan dari tempat yang kita berada. Selain itu, bukan semua maklumat yang kita cari akan ditapis dan besar kemungkinan pelajar atau guru boleh terdedah kepada unsur-unsur negatif. Terdapat banyak maklumat yang tidak sesuai dalam internet selain daripada maklumat yang memberi manfaat kepada pelajar dan guru. Antara contoh maklumat yang tidak sesuai ialah unsur seks, keganasan, hasutan, khabar angin, diskriminasi dan lain-lain lagi.
Maklumat yang tidak tepat dan hak cipta. Terdapat banyak kemungkinan untuk pelajar dan guru-guru mengakses maklumat yang salah dan tidak tepat. Kita boleh kongsi banyak informasi di dalam internet dimana perkara ini diambil secara ringan oleh sesetengah individu yang suka kongsi informasi-informasi yang palsu dan tidak tepat. Perkara ini menyukarkan dalam proses mencari maklumat dan mempelajari sesuatu. Selain itu, terdapat juga masalaj hak cipta yang dihadapi dalam penggunaan teknologi internet. Pengguna internet yang lain dengan senangnya boleh meniru hasil kerja pelajar atuapun guru dimana tiada batasan ataupun kawalan dalam penggunaan internet. Pelajar dan guru juga boleh meniru hasil kerja orang lain dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.
Masalah menghasilkan pembelajaran secara online. ini merupakan masalah utama yang dihadapi oleh guru dan juga pelajar dimana mereka mempunyai tahap pengetahuan teknologi dan intetrnet yang sangat rendah. Selain itu, bahan-bahan pengajaran yang digunakan sekarang iaitu dengan menggunakan teknologi dan internet dikalangan guru ditahap yang rendah. Sejurus dengan itu, kebanyakkan guru-guru lama tidak mempunyai pengalaman dalm penggunaan internet dan laman web dalam pengajaran mereka.
Inilah merupakan masalah-masalah yang dihadapi dalam penggunaan teknologi internet dalam pembelajaran dan pengajaran.
(C) kokilavaani.2011. All Right Reserved

Hai.
ReplyDeleteSaya bersetuju dengan kenyataan anda. Walaupun sesuatu itu dicipta dengan tujuan kebaikan, semestinya akan ada pihak yang cuba menyalahgunakannya. Maka, masalah penggunaan teknologi dalam pendidikan ini haruslah sentiasa kita perhatikan supaya ia dapat diatasi dari semasa ke semasa.
(^^,)")
Nama: Nurul Farhana Jalani
Matrik: A128600
Emel: farrahannaj_89@yahoo.com
hai..
ReplyDeletemasa kini internet telah pun dijaikan sebagai teman setia sepanjang hari. seperti yang sedia maklum, internet mempunyai kekbaikan dan keburukanya yang seimbang. semuanya bergantung pada seseorang individu agar menapiskan keburukan dan menikmati kebaikanya.
jayanthi a/ p murugasan
a128962
jay_ukm@yahoo.com
internet merupakan satu perkara penting dalam hidup seseorang. internet telah menjadi prioriti seperti makanan terutamanya kepada pelajar -pelajar di universiti. internet banyak membantu pelajar dalam pendidikan terutamanya dalam membuat tugasan. namun, begitu pelajar haruslah bijak dalam mengunakan internet bagi mengelakkan terdedah kepada imej lain internet
ReplyDeleteNAMA; PRIMILA A/P ELANGKUMAR
NO MATRIK: A129165
EMAIL: sweet_mila17@yahoo.com
Perkara yang perlu dipertimbangkan dalam menjana usaha untuk meningkatkan masalah ini adalah dengan mengetahui kesan yang akan kita(pihak sekolah) hadapi pada masa akan datang. sebagai contoh, jika penggunaan wifi dipraktikkan di semua sekolah, ia memberi satu kesan yang amat buruk dimana pelajar-pelajar sekolah boleh mengakses internet melalui telefon bimbit dengan amat mudah sekali. penggunaan teknologi yang lain seperti penggunaan projektor di sekolah dapat menyenangkan proses pembelajaran akan tetapi, bahan-bahan elektronik ini memerlukan kos perbelanjaan yang amat tinggi. alangkah baik jika pelajar lebih menggunakan buku untuk melakukan proses pembelajaran daripada menggunakan alat berteknologi ini kerana harga buku tidaklah setinggi harga bahan teknologi yang diperlukan di sekolah.ianya benar mengenai, perkara yang menyukarkan dalam proses mencari maklumat dan mempelajari sesuatu. Selain itu, terdapat juga masalah hak cipta yang dihadapi dalam penggunaan teknologi internet.
ReplyDeleteSekian Terima Kasih.
Subhatra a/p Anantha Rao
A129602
FSSK
En.Mohd Jasmy bin Abdul Rahman
Hi...isu yang saudari bangkitkan amat bertepatan dengan keadaan sekarang....Penggunaan internet semakin berleluasa dan semakin banyak digunakan dalam pendidikan..Pihak-pihak yang berkenaan haruslah meneliti masalah ini supaya pelajar lebih bermanfaat dalam penggunaan internet....
ReplyDelete