Blogger Backgrounds

10 Gambar Foto Teknologi dan Inovasi....


1. AR: Robot Pelayan
Assistant Robot (AR) ini lumayan yang digunakan untuk melakukan pekerjaan-pekerjaan seperti mencuci, mengemop, dan membersihkan dapur. Robot ini dapat meringankan beban wanita yang berkerjaya dan tidak meluangkan lebih banyak masa dalam membersihkan rumah.




2. PRINTER PENSEL….ECO SAVE
Direka untuk printing dan juga sebagai pemadam. Pensel ini juga mesra alam. Dengan penggunaan pensel ini kertas dapat dijimatkan.

3. Musical cake slice
Pisau ini bukan sahaja menolong kita untuk memotong kek dalam kepingan-kepingan yang cantik malah ia juga akan memainkan muzik yang sesuai dengan majlis yang dijalankan. Ia diperbuat daripada keluli tahan karat dan bilah gerigi yang membantu untuk memotong dengan cermat. Pisau ini digunakan dengan kuasa bateri.

4. Jordan innovation shoe
Air Jordan telah mencipta kasut yang baru ini dengan inovasi teknologi dalam kasut bola keranjang yangdiberi nama Articulated Propulsion Technology ataupun APT. teknologi fiber prosthetis diaplikasikan pada kasut ini.

5. Innovative Watch: Beats by Dr.Dre
Jam tangan ini boleh diguanakan sebagai gelang dan juga ‘headphone’. Senang digunakan dengan pelbagai fungsi yang menarik

6. Cordless warming tray
Memanaskan makanan dengan sangat cepat. Cordless tray ini dapat memanaskan makanan kurang daripada 8 minit dan menyimpan makanan dalam suhu yang sesuai selama 1 jam. bahan ini mempunyai permukaan seramik yang dapat menyimpan makanan dalam suhu yang panas untuk jangka masa yang panjang.



7. ANTI SMOKING : AIR PURIFIER “BREATH”
Alat ini akan menyedut semua asap yang dibebaskan daripada rokok dan menyegarkan udara disekitar kita. Ia juga berfungsi dengan hanya satu button untuk menyegarkan udara.

8. AIR PHONES
Pengguna dapat mendengar dan berkongsi lagu ketika dalam perjalanan ataupun apabila membuat apa-apa kerja. Air phone ini juga mempunyai aplikasi wireless. Sesuai digunakan disemua tempat kerana ia dapat disangkutkan pada semua bahan supaya senang dibawa ke semua tempat


9. (5 in 1) SPY PEN VIDEO+PHOTO SLIM PEN
Ia nya sebuah pen tetapi mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Bukan sahaja berfungsi sebagai sebuah pen, tetapi ia juga berfungsi sebagai pen serbaguna kerana boleh mengambil video berserta suara dan juga photo. Amat sesuai bagi mereka yang bekerja dalam bidang perniagaan, pendidikan, keselamatan, perubatan, pelancongan dan untuk kegunaan seharian kita.


10. 3R-C
3R-C ini diciptakan oleh desainer Eropa yang bekerja di Honda’s Research dan Desain fasilitas di Milan. Selain bentuknya yang unik dan minimalis konsep kendaraan Honda 3R-C menggunakan system paket baterai lithium ion, dengan nol emisi.


5 comments:

  1. gambar musical cake slice memang canggih. fungsinya amat menarik dan berteknologi tinggi. hai ini kerana cake slice yang biasa di pasaran hanya diperbuat daripada besi atau kayu tetapi alat ini mempunyai teknologi yang lebih canggih seperti muzik dan sebagainya.

    ReplyDelete
  2. Gambar-gambar yang ditunjukkan amat berinformatif kerana dari segi pencapaian teknologi, dalam video ini dapat dilihat bahawa transfomasi teknologi telah berubah dengan pesat.

    ReplyDelete
  3. Hai.
    Saya tertarik dengan semua gambar rekaan kreatif inovasi yang anda tampilkan. Semuanya kelihatan sangat menarik dan inovatif serta pelbagai fungsi yang berbeza.

    (^^,)")

    Nama: Nurul Farhana Jalani
    Matrik: A128600
    Emel: farrahannaj_89@yahoo.com

    ReplyDelete
  4. Gambar-gambar teknologi saudari amat menarik dan canggih. Saya tertarik dengan 'anti smoking air purifier'. Ini kerana alat ini dapat membantu masyarakat lain yang tidak merokok. Asap rokok daripada perokok lain amat membahayakan kesihatan individu yang terdedah dengan perokok.

    ReplyDelete